Monday, 28 April 2014

Pengenalan - Kelab Pencegahan Jenayah


Latar Belakang KPJ

Kelab pencegahan jenayah adalah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ

"Mencegah lebih baik daripada Memerangi"


Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan ahli KPJ

1. Pembudayaan adab murid
2. Peningkatan disiplin murid
3. Perpaduan murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri




No comments:

Post a Comment